Monday, 14 May 2012


Kerajaan berhasrat agar semua sekolah di Malaysia bebas daripada pengaruh dadah . Sebagai ahli kelab pencegahan dadah di sekolah, cadangkan langkah-langkah yang sesuai  dilakukan oleh para pelajar di sekolah anda untuk membantu sekolah anda bebas daripada pengaruh dadah.

Setiap detik kehidupan kita , kita tidak terlepas dari menggunakan dadah . Paracetemol atau lebih popular dengan panggilan panadol yang ditelan setiap kali berasa pening kepala merupakan dadah yang kerap kita gunakan . Pengambilan dadah mengikut sukatan yang ditentukan  oleh pakar perubatan bagi tujuan rawatan penyakit adalah dibenarkan oleh kerajaan.   Namun yang menjadi persoalan ialah pengambilan dadah tanpa kawalan semakin berleluasa malah sudah menjadi satu perniagaan haram yang lumayan bertaraf antarabangsa. Yang menyedihkan , pengambilan dadah dalam kalangan remaja semakin hari semakin ketara peningkatannya.  Berdasarkan statistik Agensi Antidadah Kebangsaan, antara tahun 2000-2008, sebanyak 126,153 penagih baru dikesan . Secara puratanya, setiap tahun antara tahun 2000-2008 tersebut sebanyak 14,017  orang penagih baru dikenal pasti oleh agensi tersebut. Memandangkan penagihan dadah merupakan isu yang serius maka  langkah pencegahannya telah diperluas ke peringkat sekolah . Program yang diberi nama SEKOLAH SIFAR DADAH 2012 di peringkat sekolah ini bertujuan memberikan pendedahan dan pendidikan awal kepada para pelajar tentang keburukan penagihan dadah kepada manusia. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dikehendaki melaksanakan pelbagai program kesedaran dan pendidikan kepada warganya . Memandangkan tanggungjawab besar yang dipikul di pundak para pendidik untuk merealisasikan hasrat kerajaan, adalah wajar setiap pelajar menggerakkan tenaga membantu sekolah untuk menukar hasrat murni ini menjadi kenyataan. 




























  Admin SMKAJ