OBJEKTIF


a. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelak diri daripada terjebak dengan dadah.


b. Membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid sekolah.


c. Membentuk budaya sihat, tingkahlaku positif dan amalan nilai-nilai murni di kalangan murid sekolah.


d. Melibat dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.


e. Menyediakan alternatif  yang berfaedah supaya dapat menyekat murid sekolah dari terlibat dengan dadah.





Rasional PPDa


Pencegahan Dadah di kalangan murid sekolah mempunyai hubungan yang rapat dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan lagi taraf dan kualiti pendidikan. Sekiranya murid terlibat dengan dadah , sudah pasti mereka akan tersisih daripada Sistem pendidikan berkualiti dan akhirnya akan menjejaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang maju dan sejahtera.


Matlamat PPDa


Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan , kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru dan  kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.