PPDa SMK ABDUL JALIL
SMK ABDUL JALIL -> PENERAJU INSAN TANPA DADAH
Sunday, 23 September 2012
Sejarah Penubuhan PPDa SMK ABDUL JALIL, Hulu Langat Kajang. Selangor
Pada 3 Februari 1988, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1988 Program Skim Lencana AntiDadah, Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) disiarkan oleh Bahagian Sekolah KPM. Dengan ini, sekolah ini telah memulakan Program SLAD pada tahun 1988 sehingga sekarang.
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh SLAD adalah lawatan sambil belajar ke Pusat Serenti, menghadiri ceramah, menyertai pertandingan, aktiviti seranta, penyampaian maklumat dan menyediakan buku skrap. Program Cuma Lima Minit AntiDadah dimulakan pada tahun 1999 setelah pihak sekolah menerima surat Pekeliling Ikhtisas KP(BS/HEP)8543/06/(23) .
Pelaksanaan Program 5 Minit AntiDadah di sekolah.Program ini dijalankan pada bulan Mac dan Julai setiap tahun. Guru-guru meluangkan sebanyak 5 minit untuk menyatakan maklumat-maklumat dadah kepada murid berdasarkan modul yang diedarkan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, pertandingan kuiz AntiDadah akan diteruskan selepas modul diterangkan kepada murid-murid.
Pada tahun 2004, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2004 memperkasakan pendidikan pencegahan dadah telah disiarkan kepada sekolah-sekolah. Dengan ini, guru kaunseling kedua telah dilantik sebagai guru PPDa. Maka pelbagai program PPDa telah dilaksanakan untuk staf dan murid-murid di sekolah ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Perkembangan Staf, Minggu AntiDadah, Mesej Jauhi Dadah PPDa, Ceramah Anti Dadah, Pameran AntiDadah, Pertandingan Poster AntiDadah, Pertandingan Buku Skrap Anti Dadah, Pertandingan Esei Anti Dadah, Kemahiran Personal dan Interpersonal, kaunseling PPDa, Kolokium Kepimpinan PPDa, Seminar PPDa, Program Keibubapaan dan sebagainya.
Pada tahun 2007, semua sekolah telah diarahkan untuk menubuhkan bilik/lorong/sudut PPDa di sekolah. Maka sudut PPDa di SMK Abdul Jalil ini telah ditubuhkan di perpustakaan pada peringkat awalnya .

Monday, 14 May 2012
Kerajaan berhasrat agar semua sekolah di Malaysia bebas daripada pengaruh dadah . Sebagai ahli kelab pencegahan dadah di sekolah, cadangkan langkah-langkah yang sesuai dilakukan oleh para pelajar di sekolah anda untuk membantu sekolah anda bebas daripada pengaruh dadah.
Setiap detik kehidupan kita , kita tidak terlepas dari menggunakan dadah . Paracetemol atau lebih popular dengan panggilan panadol yang ditelan setiap kali berasa pening kepala merupakan dadah yang kerap kita gunakan . Pengambilan dadah mengikut sukatan yang ditentukan oleh pakar perubatan bagi tujuan rawatan penyakit adalah dibenarkan oleh kerajaan. Namun yang menjadi persoalan ialah pengambilan dadah tanpa kawalan semakin berleluasa malah sudah menjadi satu perniagaan haram yang lumayan bertaraf antarabangsa. Yang menyedihkan , pengambilan dadah dalam kalangan remaja semakin hari semakin ketara peningkatannya. Berdasarkan statistik Agensi Antidadah Kebangsaan, antara tahun 2000-2008, sebanyak 126,153 penagih baru dikesan . Secara puratanya, setiap tahun antara tahun 2000-2008 tersebut sebanyak 14,017 orang penagih baru dikenal pasti oleh agensi tersebut. Memandangkan penagihan dadah merupakan isu yang serius maka langkah pencegahannya telah diperluas ke peringkat sekolah . Program yang diberi nama SEKOLAH SIFAR DADAH 2012 di peringkat sekolah ini bertujuan memberikan pendedahan dan pendidikan awal kepada para pelajar tentang keburukan penagihan dadah kepada manusia. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dikehendaki melaksanakan pelbagai program kesedaran dan pendidikan kepada warganya . Memandangkan tanggungjawab besar yang dipikul di pundak para pendidik untuk merealisasikan hasrat kerajaan, adalah wajar setiap pelajar menggerakkan tenaga membantu sekolah untuk menukar hasrat murni ini menjadi kenyataan.
Admin SMKAJ
Subscribe to:
Posts (Atom)